Thursday, November 15, 2012

Memasang Al-Quran Guna Speaker

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (HR. Abu Daud) Jika bacaan al-Quran dalam solat pun tidak boleh ditinggikan sehingga mengganggu orang lain, maka apakah alasannya bagi mereka2 yg memasang kaset mengaji (bukan sendiri membaca al-Quran) sehingga mengganggu urusan orang lain? Illah (sebab) larangan di sini adalah ‘gangguan’.. jika diyakini tidak mengganggu orang lain, lantak la nak baca sekuat hati sekalipun (contohnya dalam bilik kedap udara). Kebiasaannya, kaset mengaji ni dipasang dan disiarkan melalui speaker yang menghala ke luar masjid.. jadi, pegawai masjid dan jemaah2 yg dah ada kat masjid mungkin tak terasa sangat gangguan tersebut. Bayangkan orang yang rumahnya betul2 menghadap speaker masjid? Kaset mengaji plak biasanya dipasang dalam 20 minit sebelum masuk waktu.. memang akan mengganggu gegendang.. apatah lagi jika qari (bukan kari.. tapi qari iaitu pembaca al-Quran) yang dipasang kasetnya itu membawa lagu tarannum tahap tinggi.. Bayangkan pula kalau di rumah itu ada anak kecik.. bayangkan juga kalau dalam rumah tu ada orang2 sakit, uzur dsb..

Thursday, November 1, 2012

Bank Rakyat untung RM1.62 bilion

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2012 dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat RM1.62 bilion, meningkat 8.1 peratus berbanding RM1.5 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Thursday, October 25, 2012

Solat Sunat Aidil Adha

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Lafaz niat. "Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).

"Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

"Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.


(4) Membaca fatihah dan surah al-Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al-Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)


Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

Friday, October 19, 2012

Bank Rakyat rangkul anugerah Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat, buat kali ketiga, membolot anugerah "Perbankan Runcit Islam Paling Cemerlang", pengiktirafan ke atas kecemerlangan prestasi dalam perbankan konsumer.

Anugerah itu disampaikan baru-baru ini di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kesembilan 2012 oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Wira Dr Serigar Irwan Mohd Abdullah kepada Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Yusof Abdul Rahman.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, ia menerima anugerah yang sama pada 2007 dan 2009.

Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.06 bilion, naik 7.7 peratus, bagi setengah tahun pertama yang berakhir pada 30 Jun 2012 berbanding RM0.98 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas. - Bernama