Wednesday, May 7, 2014

Memilih Sahabat

Topik Ustaz Tajuri ( 08/05/2014 )

Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya : Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut (dipetik dari Kitab Bimbingan Mu'minin; karangan Imam Al-Gazali)

  1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang atau sebagainya, dia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,dia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engkau berkata padanya, niscaya dia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisihan faham, niscaya dia akan lebih mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
     

No comments:

Post a Comment